Perlawanan Liga Super antara PJ City FC dengan Terengganu FC dibatalkan

0

Perlawanan CIMB Liga Super di antara PJ City FC melawan Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini, 14 Mac 2020 terpaksa ditangguhkan.

Hal ini disebabkan stadium MBPJ sedang menjalani proses membaik pulih padang dan bilik persalinan.

Pasukan tuan rumah (PJ City FC) telahpun mencuba untuk mendapatkan tempat alternatif untuk digunakan namun tiada kekosongan di kesemua stadium di kawasan Lembah Klang.

Ini kerana, ia telah terlebih dahulu ditempah oleh pasukan-pasukan lain yang turut beraksi bagi saingan Liga Super dan Liga Premier.

Sehubungan pihak tuan rumah gagal mendapatkan venue baru bagi perlawanan ini, Malaysia Football League (MFL) memutuskan untuk menangguhkan perlawanan berkenaan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply