Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPerkongsian remaja membantu warga emas undang simpati netizen

Perkongsian remaja membantu warga emas undang simpati netizen

Perkongsian seorang remaja di laman Twitter milik Aizat Azroy mengenai seorang warga emas mengundang simpati warganet.

“Aku terjumpa makcik ni dia mintak tumpangkan dia balik rumah. Apa yang aku nak cerita bukan nak tunjuk aku baik tpi nak share biar jadi pengajaran untuk semua”, tulis Aizat di platfom sosial medianya.

Aizat kemudiannya menceritakan kejadian yang berlaku di ruangan komen Twitternya.

Menurut Aizat, dia terserempak dengan makcik berkenaan di jalan besar menghala ke Johbase, Johor. Apabila dia melihat keadaan wanita terbabit seperti hendak pitam, dia memilih untuk mengekorinya kerana bimbang akan keselamatannya.

Dia yang pada mulanya tidak mahu menghiraukan kerana berpendapat itu bukan masalahnya namun apabila melihat keadaan makcik yang tidak bermaya, maka dia berhenti dan mempelawa untuk menghantarnya ke rumah.

Ketika dalam perjalanan pulang menghala ke kediaman di Yap Tau Sah, makcik itu menceritakan perihal dirinya.

Makcik itu memberitahu keadaan dirinya kurang sihat sejak dua hari yang lalu namun terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup.

Tidak lama kemudian makcik yang kelihatan agak uzur memberitahu Aizat dia mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal tidak jauh dari rumahnya, namun setelah berkahwin anak tidak lagi menjenguknya dan dia tidak pula ke rumah anaknya kerana tidak mahu mengganggu kehidupan mereka.

“Dia cerita yang bil air rumah dia duduk sekarang baru kena potong ????. Sampai roundabout yap tau sah aku tanya mana rumah makcik. Dia ckap rumah dia dekat jalan sawi tpi dekat hujung sungai. Dalam hati aku. Mana ada rumah dekat situ ????” tulis Aizat lagi.

Aizat turut menyatakan rumah yang didiami makcik itu merupakan rumah bantuan PPRT dan berada di hujung sungai, dan dia tidak dapat menghantar di hadapan rumah kerana jalan agak sempit.

Di ruangan komen juga, warga Twitter meluahkan rasa simpati terhadap makcik berkenaan.

Terdapat satu komen dari badan kebajikan yang menyatakan bahawa makcik itu merupakan asnaf yang dibantu dalam senarai pertubuhan mereka, malah makcik ini menjaga anak-anak dan juga cucu-cucu di rumahnya.

Lebih memilukan hati, apabila komen itu turut menberitahu anak-anak makcik berkenaan agak bermasalah kerana wakil pertubuhan pernah melihat anaknya sedang mengamuk ketika menghantar bantuan ke rumahnya. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments