Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPerkongsian positif Catriona Ross menghiburkan!

Perkongsian positif Catriona Ross menghiburkan!

Mengisi masa terluang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, bermacam aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga mahupun secara bersendiri.

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon kacukan Melayu Scotland, Catriona Rose di laman Instagramnya selalu menarik perhatian netizen dan para peminatnya.

Malah gelagatnya turut menjadi viral di platform media sosial.

Catriona atau lebih mesra disapa Katt, seorang pelakon versatile yang mampu membawa pelbagai karektor dan watak, begitu fadih berceloteh serta berdialog loghat Melayu Siam atau Pattani.

View this post on Instagram

Banyok lagi yang dok tubek walau pong polih dan askar doh buat roadblock! Jangey degil. #KakKek ni orey tok talipon ko #KakKek 14 hari doh pun, kito tok tubek (keluar) rumoh. Kito duduk rumoh diam-diam! . . TERJEMAHAN PENDEK : Apesal ada lagi ni yang degil tak dengar cakap lagi ni ah?Keluar naik motor lah,naik kereta lah!Tak faham-faham lagi walau pun polis ada,askar pun ada! Dengar la nasihat,kita tak boleh keluar sebab kalau keluar, kita sakit! Bagitau lah dekat Cik Abang tuuu !! Tengok KakKek ni dah 14hari dia tak telefon,tak pulak buat hal nak nangis ke, nak keluar cari ke apa!!! Dah orang dah tanak kita! Kena terima lah! (menyanyi) #KakKek #KakKekBagiNasihat #HariNiKakKekNyanying #KakKekDariPatani

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Pada perkongsiannya di laman IGTV itu, Katt membahasakan dirinya sebagai “Kakkek” berbicara mengenai situasi semasa dan juga aktiviti hariannya dalam dialek yang pelbagai.

Video perkongsiannya akan dimuatnaik di laman Instagramnya setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad kerana menurutnya “Kakkek” mahu meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Ada-ada sahaja ya telatah Kakkek berwajah Pan Asia ini ya!

Namun bagi yang tidak memahami loghat yang diperkatakan oleh Kakkek, Kakkek turut menterjemahkan di bahagian “caption”.

Sudah pasti para peminatnya tiada punyai masalah untuk memahami apa yang dibualkannya.

View this post on Instagram

You dont know who has Corona, you becareful . #KakKek

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Untuk rekod, Catriona Ross yang popular melalui watak sebagai gadis Pantai Timur dlm telefilem Mek Salmah Dari Scotland yang ditayangkan pada tahun 2007 dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa).

Semoga Catriona Ross akan terus menghiburkan para peminatnya!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments