Friday, July 19, 2024
HomeBERITAFenomena langit merah di Jambi terus gemparkan netizen

Fenomena langit merah di Jambi terus gemparkan netizen

Masalah jerebu bukan perkara asing bagi negara jiran kita, Indonesia. Saban tahun isu ini seakan menghantui jutaan penduduk Indonesia.

Terbaru Malaysia dan Singapura turut terkesan dengan keadaan ini.

Perkongsian video seorang rakyat Indonesia, Zuni Shofi Yatun Nisa di laman Twitter miliknya mencetuskan kebimbangan umum.

Ia membabitkan lokasi Kumpeh, Muaro Jambi, Indonesia yang dikatakan IPU nya  mencecah tahap bahaya.

Di waktu siang hari, langit di kawasan terbabit kelihatan kemerah-merahan seperti waktu senja. Merujuk pakar, ini berikutan tahap pencemaran udara di kawasan berkenaan terlalu tinggi.

Walaupun keadaan itu semakin pulih namun penyebaran dan perkongsian video-video berkenaan masih melewati laman sosial umum

Semoga pihak berkuasa Indonesia mampu menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan sebagai langkah berjaga-jaga mari lah sama-sama kita amalkan kehidupan sihat.

Patuhi langkah keselamatan sewaktu jerebu dan elakkan pembakaran secara terbuka.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments