Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPerkongsian ibu kehilangan anak tanpa tahu punca sakit sebenar undang simpati warganet

Perkongsian ibu kehilangan anak tanpa tahu punca sakit sebenar undang simpati warganet

Sesungguhnya ajal itu tidak akan terlambat mahupun cepat walau seminit.

Demikian yang berlaku kepada pemilik Facebook, Norazlin Alin apabila dia kehilangan anak perempuannya secara mengejut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2980997858595280&id=100000552866420

Mengikut perkongsiannya di laman Facebook miliknya, dia menceritakan kejadian sebelum pemergian anaknya Alya.

Norazlin dan suami membawa Alya dan adiknya, Adib untuk bermain di pantai setelah anaknya memilih untuk bermain pasir.

Namun pada malamnya, Alya mengadu bahawa dia demam dan malam itu Alya hanya diberikan ubat demam yang sedia ada di rumah sahaja tanpa membawa ke klinik kerana suhu panas badan Alya tidak terlalu tinggi.

Keadaan Alya masih lagi demam dan hanya terbaring serta tidur tanpa mahu makan.

Pada keesokan harinya, Norazlin telah berpesan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja supaya terus menghubunginya jika badan Alya masih lagi panas.

Ketika berada di tempat kerja (sekolah), ibunya (nenek) telah menghubunginya dan memberitahu badan Alya masih panas.

Menurut ibunya dia tidak dapat menguruskan Alya sepenuhnya kerana adik Alya, Adib merengek dan tidak mahu tidur.

Namun disebabkan kesibukkannya di tempat kerja, Norazlin meminta suaminya untuk pulang menjaga anaknya.

Setelah habis kerja, Norazlin pulang dengan membawa donut kesukaan Alya manakala suaminya keluar untuk membelikan ayam goreng KFC untuk Alya.

Sementara menunggu bapanya ke KFC, Alya telah meminta untuk mandikannya.

Setelah melihat keadaan anaknya yang lemah, pada jam 3 petang Norazlin membawa Alya ke Klinik Kesihatan Kinarut kerana jika Alya demam doktor akan memeriksa darah dan anaknya telah mempunyai rekod denggi di klinik berkenaan.

Doktor menyarankan supaya Alya diberi minum air Milo supaya Alya mendapat sedikit tenaga serta mengalas perut dan aiskrim Vanilla untuk mengurangkan bengkak tonsil.

Sampai sahaja di rumah, keadaan Alya masih lagi lemah, dia hanya mampu terbaring dan tidur tetapi berkali-kali Alya meminta air dan diletakkan tuala basah di kepalanya.

Pada jam 7 malam hari yang sama, Alya telah diserang sawan dan dalam keadaan panik Norazlin tidak mampu mengingati apa-apa info tentang sawan yang pernah dibaca dan segera menghubungi suaminya untuk berjumpa di Klinik Dr Mohan.

Sampai sahaja di klinik, doktor memaklumkan bahawa jika berlakunya sawan, terus sahaja ke hospital tambahan pula keadaan Alya yang kelihatan sangat tidak bermaya.

Namun siapa sangka, ketika mereka berada di wad kecemasan, mereka sangka akan ada doktor yang akan terus memeriksa keadaan Alya, namun hampa kerana dia dan Alya hanya duduk di atas katil lebih kurang setengah jam sambil melihat doktor dan jururawat sedang sibuk merawat pesakit yang lebih kritikal.

Ketika suami Norazlin membuat pertukaran untuk menjaga Alya, Alya sekali lagi diserang sawan sekitar 5 saat dan Norazlin bergegas keluar dari kereta dan terus ke wad kecemasan untuk menggantikan suaminya menjaga Alya.

Alya kemudiannya dipindahkan ke katil lain dan kesemua ubat-ubatan Alya ditambahkan ke dos yang paling tinggi.

Melihatkan keadaan getir yang dilalui Alya membuatkan kakinya menggeletar.

Ibu manakah yang sanggup melihat anaknya sengsara.

Norazlin juga sempat melihat jururawat menekan dada Alya sebelum dia diminta keluar dari wad kecemasan.

Oleh kerana tidak mampu bertenang, sekali lagi dia masuk dan melihat terdapat satu hos dimasukkan ke dalam mulut Alya.

Pakar yang keluar dari wad berjumpanya dan bertanya banyak soalan mengenai Alya.

Norazlin sempat bertanya kepada doktor tentang keadaan anaknya dan tetap mendapat jawapan yang sama “saya tidak tahu kenapa dengan anak puan”.

Tambahnya lagi, dada Alya berterusan ditekan silih berganti tanpa henti oleh jururawat dan doktor.

Kemudian sekali lagi doktor pakar berjumpanya dan memberitahu bahawa keadaan Alya yang tenat.

Tidak lama kemudian Norazlin melihat doktor berhenti menekan dada Alya dan dilihat sedang berbincang.

Sangkanya mungkin keadaan Alya sudah semakin pulih atau mahu dipindahkan ke ICU.

Namun sangkaannya meleset apabila doktor pakar keluar dan memberitahu “ANAK PUAN TIDAK DAPAT DISELAMATKAN” dan doktor mengesahkan bahawa Alya sudah tiada.

Disebabkan terlalu terkejut, Norazlin yang terduduk terus menangis dan menjerit.

“mummy bangun.. sebaik tengok alya atas katil, air mata mummy stop.. “betul ka ni doktor? saya tidak percaya” doktor hanya angguk.. mummy tanya soalan yang sama berulang kali.. mummy angkat alya.. mummy cium alya.. mummy diam.. mummy tengok daddy n tokma nangis.. tapi time ni air mata mummy x boleh keluar.. xtau kenapa.. mummy hanya dakap alya sepuas2nya.. mummy sayang alya, dunia dan akhirat.. doktor yang berdiri di situ berulang kali cakap “saya betul2 x tahu apa yang jadi sama anak puan.. saya minta maaf” tulis Norazlin diakhir entrinya

Sehingga kini dia masih belum mengetahui sebab kematian anak perempuannya.

Semoga Allah SWT memberi ketabahan buat pasangan ini.

Al Fatihah buatmu Alya, anak syurga…

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments