Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAPerkongsian Edika menemani isteri melakukan rawatan raih sokongan ramai

Perkongsian Edika menemani isteri melakukan rawatan raih sokongan ramai

Perkongsian video memaparkan isteri sedang berdiri yang dikongsi oleh bekas model dan pelakon terkenal, Edika Yusof di laman Instagramnya mendapat perhatian ramai.

Video yang dikongsi pelakon yang semakin rancak menerima tawaran lakonan ini memperlihatkan isterinya, Nor Hidayah Yusri yang sedang melakukan rawatan ‘tilt table’.

Melalui di ruangan komen perkongsian Edika, rakan-rakan selebriti dan para peminat pelakon kacak ini mendoakan agar isterinya pulih dan memberi kata semangat agar pelakon berkenaan terus berusaha tanpa putus asa.

Sebelum ini, viral perkongsian pengalaman Edika menjaga isterinya selama 14 tahun yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin.

Akibatnya, isterinya menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap. Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori sehingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.

Kami dari team The Malaya Post mendoakan agar Allah SWT permudahkan segala usaha dan ikhtiar Edika Yusof sekeluarga dan isterinya kembali sembuh.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments