Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana Putra, Putrajaya.
Majlis ini merupakan perjumpaan pertama PM selepas menerajui pentadbiran kerajaan sejak 1 Mac lalu.
Majlis berlangsung patuh SOP yang ditetapkan dengan kehadiran tidak melebihi 250 orang terdiri daripada tiga Pengurusan Kanan atau wakil daripada 56 agensi di bawah JPM.
Di majlis terbabit Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan rujukan daripada Bank Dunia, diramalkan Malaysia antara negara yang pertama di dalam sektor ekonomi akan kembali pulih pada tahap pertumbuhan 5.6 peratus pada hujung tahun 2021.
Dengan ini kerajaan memutuskan segala urusan pentadbiran perlu berteraskan undang-undang agar tidak timbul isu salah guna kuasa atau had dan batasan terhadap tugas yang dipikul.
Beliau juga berharap semua pihak dapat memupuk jalinan kerjasama yang rapat dalam menyelesaikan isu dan masalah tertentu yang telah dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan dan agensi masing-masing.
PUTRAJAYA, 6 Julai 2020 – Foto Sekitar Majlis Perjumpaan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana…
Posted by Jabatan Perdana Menteri on Sunday, 5 July 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply