Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAPerintah Kawalan Pergerakan sebagai tindakan drastik sekat jangkitan dengan hadkan pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan sebagai tindakan drastik sekat jangkitan dengan hadkan pergerakan

Perdana Menteri dalam satu kenyataan media semalam mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai esok, 18hb hingga akhir bulan iaitu 31 Mac 2020.

Perintah ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

1) Larangan menyeluruh perhimpunan ramai seperti aktiviti keagamaan dan sukan sosial budaya.

2) Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan serbaneka.

3) Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

4) Bagi yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela
(self quarantine) selama 14 hari.

5) Sekatan kemasukan semua pelancong & pelawat asing ke dalam negara.

6) Semua aktiviti keagamaan di masjid termasuk solat Jumaat ditangguh.

7) Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam, swasta dan institut latihan kemahiran.

8) Penutupan kesemua taska, tadika, sekolah kerajaan, swasta harian asrama penuh, antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra universiti.

9) Penutupan semua premis Kerajaan & Swasta kecuali perkhidmatan penting negara (essential services) seperti air, elektrik, tenaga, pos , pengairan, minyak, gas, kewangan, perbankan, hospital, farmasi, keselamatan, peruncitan dan pembekalan makanan.

Jelasnya lagi, tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara menghadkan pergerakan orang ramai.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan boleh hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments