Thursday, July 18, 2024
HomeBERITAPereka Fesyen Eja Shahril perkenal tudung kepala ala ‘tudung saji’ ke pentas...

Pereka Fesyen Eja Shahril perkenal tudung kepala ala ‘tudung saji’ ke pentas peragaan Indonesia

Pereka fesyen Malaysia, Eja Shahril tampil penuh yakin dengan rekaan busana dan tudung ala ‘tudung saji’ di Indonesia Modest Fashion Weeks (IMFW) 2019 yang berlangsung Sabtu lalu.

Eja Shahril dikenali sebagai pereka fesyen gaya muslimah mengenengahkan busana muslimah serba hitam dengan motif tersendiri.

Menurut Eja, koleksi yang ditonjolkan di IMFW 2019 adalah dengan mesej, menutup aurat itu mempunyai pelbagai cara bukan bererti hanya perlu memakai hijab.

Tambahnya lagi, pemilihan gimik unik dan pelik itu dibuat kerana ingin semua pihak faham mesej berkenaan.

Sebanyak 17 pasang persalinan busana diperagakan serta seramai 21 orang kru yang terlibat pada persembahan terbabit.

Eja Shahril telah memilih pengacara dan pelakon Uyaina Arsyad sebagai wajah utama pada sesi peragaan fesyen muslimah yang berlangsung di Jakarta Convention Center.


Pelancaran pentas peragaan busana muslimah ini turut dijayakan dengan kolaborasi dari  jenama tudung Airissh dan ditaja khas oleh Perfectus Cosmetics, Malika, dan Tra Holiday Sdn Bhd.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments