KUCHING – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menyasar untuk mengagihkan 80 peratus peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia menjelang akhir November.
Menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, setakat Isnin, pihaknya telah menerima 350,000 permohonan dalam fasa satu dan dua dan jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur.
“Untuk memastikan penerima dapat menerima peranti dalam masa yang cepat, kita akan proses permohonan secara serentak untuk permohonan fasa satu dan dua. Kita juga akan melakukan pelancaran secara berterusan.
Pada majlis itu, seramai 411 pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, menerima peranti tersebut dalam sesi pengagihan peringkat Sarawak yang bermula Selasa.
“Untuk memastikan penerima dapat menerima peranti dalam masa yang cepat, kita akan proses permohonan secara serentak untuk permohonan fasa satu dan dua. Kita juga akan melakukan pelancaran secara berterusan.
Sebelum ini, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi K-KOMM Hariaty Mohd Idrus dilaporkan berkata sebanyak 105,665 permohonan PerantiSiswa telah diluluskan setakat 14 Sept.
Hariaty berkata permohonan fasa satu dibuka bermula April hingga Mei, manakala permohonan bagi fasa dua dibuka pada 29 Ogos sehingga 30 Sept ini dengan sasaran keseluruhan 350,000 PerantiSiswa dapat diagihkan
–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply