Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAPeranti siswa mula diedar esok - Annuar Musa

Peranti siswa mula diedar esok – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak dalam insentif Peranti Siswa akan menerima peranti berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE mulai esok.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan ringkas di Facebook rasminya, program pengagihan Peranti Siswa di bawah Fasa 1 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob jam 2.30 petang di UiTM Shah Alam.

“Insyaallah esok PERANTI SISWA mula diedarkan kepada para mahasiswa IPTA/IPTS. YAB PM akan melancarkannya jam 2.30ptg di UiTM Shah Alam.

Setiap penerima bakal mendapat TABLET SAMSUNG model terkini,lengkap dgn casing,keyboard dan stylus/pen. Tahniah kpd yang terpilih,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu di Parlimen, Tan Sri Annuar memaklumkan jenama dan model itu yang ditawarkan oleh syarikat Samsung boleh menyokong pengguna kad sim rangkaian 4G dan LTE.

Katanya pembekalan peranti itu dilakukan oleh lima syarikat terpilih melalui tender terbuka mengikut zon merangkumi Sabah dan Sarawak, utara, tengah dan selatan Semenanjung.

Untuk rekod pembekal boleh membekal sehingga 400,000 tablet dengan perolehan fasa pertama membabitkan 300,000 unit, sementara tambahan 50,000 unit boleh dilanjutkan tanpa perolehan baharu.

Pengagihan Peranti Siswa di bawah Fasa 1 bermula esok hingga pada penghujung Ogos 2022 atau pada September 2022.

Manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula dijangkakan dapat dibuat pada Oktober atau November 2022 memandangkan permohonan Fasa 2 sedang dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

Penerima Peranti Siswa bagi Fasa 1 terdiri daripada mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM4,850 ke bawah.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments