Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPerak umum portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Perak umum portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Tiga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei yang lalu.

Antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai MMK antaranya, Dato’ Mohd Zolkafly Harun, Khairul Shahril Mohamed dan Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Turut diumumkan ialah penstrukturan kecil dalam portfolio MMK yang selaras dengan pengagihan portfolio kepada tiga ahli MMK yang baharu.

Portfolio Pengangkutan Awam yang sebelumnya diterajui oleh Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohd Radzi telah diserahkan kepada Mohd Zolkafly.

Manakala portfolio Infrastruktur yang dipegang oleh Dato’ Abdul Yunus Jamahri turut berpindah milik kepada Dato’ Mohd Zolkafly.

Bertepatan dengan fokus pentadbiran kerajaan negeri dalam memperkasakan sektor pertanian dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara, portfolio Dato’ Abdul Yunus Jamahri berpindah milik kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan.

Dengan ini, senarai barisan MMK Negeri Perak Darul Ridzuan dengan portfolio masing-masing telah lengkap sepenuhnya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau yakin dan percaya barisan yang telah dilantik adalah pasukan yang dinamik serta komited dalam menggerakkan usaha membina semula ekonomi negeri Perak susulan penularan
pandemik COVID-19.

Turut dilampirkan senarai penuh portfolio yang diketuai oleh Menteri Besar disusuli barisan MMK negeri Perak, antaranya :

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu
(Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli,
Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional)

2. Yang Berhormat Dato’ Saarani bin Mohamad
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna)

3. Yang Berhormat Tuan Haji Razman bin Zakaria
(Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan
Masyarakat Sivil)

4. Yang Berhormat Dato’ Nolee Ashilin bin Dato’ Mohd Radzi
(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan)

5. Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman bin Dato’ Yahya
(Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor)

6. Yang Berhormat Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri
(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan)

7. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun
(Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam)

8. Yang Berhormat Datuk Dr Wan Norashikin bin Wan Noordin
(Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan
Masyarakat)

9. Yang Berhormat Encik Mohd Akmal bin Kamarudin
(Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan)

10. Yang Berhormat Encik Khairul Shahril bin Mohamed
(Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia)

11. Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud
(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan TeknologiHijau)

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments