Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerak lancar kempen #TRAVELPERAKLAH , gerak semula sektor pelancongan

Perak lancar kempen #TRAVELPERAKLAH , gerak semula sektor pelancongan

Perak lancar Travel Voucher #TRAVELPERAKLAH bertujuan melonjak semula sektor pelancongan domestik serta menggalakkan pelancong ke Perak.

Melalui kempen ini, baucar bernilai RM50 dan RM30 akan ditawarkan kepada para pelancong yang datang melancong ke Perak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Kira-kira 1,000 baucar bernilai RM50 disediakan untuk penginapan dan 500 keping baucar bernilai RM30 untuk produk pelancongan terpilih.

Baucar ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan negeri melalui Tourism Perak dalam usaha membantu menggerakkan semula sektor pelancongan negeri.

Baucar #TRAVELPERAKLAH sah digunakan bermula awal bulan depan, 1 Julai sehingga 30 November tahun ini.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di Kellie’s Castle Batu Gajah.

Turut sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah Zainal Abidin dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohamed Radzi.

BAUCAR RM50, RM30 TARIKAN KEMPEN #TRAVELPERAKLAH Berita baik kepada yang sedang merancang untuk bercuti, ada 1,500…

Posted by Faizal Azumu on Thursday, 18 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments