Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAPerak kekal antara negeri paling patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Perak kekal antara negeri paling patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Hari kesepuluh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, peratusan pematuhan meningkat sehingga 97 peratus berikutan tindakan tegas pihak keselamatan terhadap mereka yang ingkar.

Menurut laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak Darul Ridzuan kekal tersenarai sebagai negeri paling patuh kepada arahan PKP dengan peratusan melebihi 93%.

Ia berdasarkan statistik dan pemantauan pihak berkuasa barisan paling hadapan (frontliners) antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pelbagai cara dan kaedah dilakukan bertujuan memastikan rakyat Perak patuh kepada arahan PKP dalam usaha mengekang seterusnya memutuskan rangkaian virus COVID-19.

Atas dasar misi berkenaan PDRM dengan kerjasama ATM dan RELA mengadakan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Negeri Perak.

Tidak terhenti disitu, usaha diteruskan dengan penglibatan Jabatan Penerangan Perak yang membuat hebahan umum secara bersepadu dengan kerjasama PDRM melibatkan semua daerah di negeri berkenaan.

Selain itu, pihak berkuasa juga turut memantau lokasi yang menjadi tempat tumpuan orang ramai seperti Pasar Awam dan bank-bank bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan social distancing seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah mudah dan berkesan mencegah jangkitan wabak yang kini meragut 26 nyawa setakat hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berterusan merayu agar seluruh rakyat berganding bahu mematuhi arahan PKP seperti yang diwar-warkan oleh pihak berwajib. Berhempah pior MB kome!

Hasil usaha semua pihak menggembeling tenaga untuk sama-sama menjayakan PKP serta memberi kesedaran kepada masyarakat umum, nampaknya ia mula berhasil dan mendapat respon positif dari rakyat Perak seluruhnya.

Tahniah orang-orang Perak, kome memang terbaik!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments