Wednesday, June 12, 2024
HomePOLITIKPerak fokus enam perkara utama dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Perak fokus enam perkara utama dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Rentetan jangkitan wabak pandemik COVID-19 merebak dengan semakin serius dalam negara, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengadakan perjumpaan dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak ataupun PPPKP sesi pertama pada tahun ini.

Mesyuarat PPPKP memutuskan enam perkara utama yang akan diberi perhatian serta dipraktikkan, antaranya :

1. Melaksanakan mesyuarat ini secara berkala bersama ketua agensi yang telah dikenalpasti dan dalam masa yang sama pihak agensi juga perlu mengadakan mesyuarat dalaman masing-masing dalam skala yang kecil.

2. Semua agensi diminta berkongsi dan memberikan input serta informasi yang terkini supaya dapat diselaraskan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak. Jabatan Kesihatan Negeri perlu menyalurkan info dan maklumat berkala seperti maklumat asas lokaliti yang terjejas kepada jawatankuasa ini.

3. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak (PPPKP) merupakan jawatankuasa tertinggi di peringkat Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak menjadi “command centre” bagi negeri Perak. Sebarang perkongsian maklumat akan diselaraskan oleh jawatankuasa ini.

4. Semua agensi penguatkuasa perlu menggunakan kaedah nasihat secara berhemah kepada semua orang awam dalam menggunakan perintah larangan ini.

5. Memanjangkan bantuan ihsan daripada Kerajaan Negeri kepada petugas di barisan hadapan (frontliner) termasuk kepada PDRM, Agensi Pertahanan Awam dan Rela.

6. Proses pembersihan (thermal cleaning) merupakan tanggungjawab setiap agensi untuk dilaksanakan jika terlibat dengan wabak ini, namun pemantauan pelaksanaan perlu dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Kesihatan Negeri/Pejabat Kesihatan Daerah.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal dan berlangsung di di Pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Video penuh peranganj wabak Covid-19 : Mesyuarat Jawatakuasa Penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak.

Dato’ Seri Ahmad Faizal menyeru rakyat agar patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kekang penularan wabak COVID-19 demi keselamatan semua pihak. Please stay at home.

(VIDEO PENUH) PERANGI WABAK COVID-19: MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN NEGERI…

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Kamis, 19 Maret 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments