Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAPerak aktif semula Pusat Kuarantin - MB

Perak aktif semula Pusat Kuarantin – MB

Memandangkan peningkatan kes baharu wabak COVID-19 dilaporkan melonjak naik, malah banyak kluster baharu juga wujud di beberapa negeri, kerajaan negeri Perak memutuskan mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dalam usaha mengurangkan risiko penularan dengan memastikan individu berisiko dikuarantinkan di pusat berkenaan.

Berkongsi usaha dan inisiatif kerajaan negeri bagi memutuskan rantaian wabak pandemik, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan Pusat Kuarantin di Institut Latihan Statistik Malaysia yang mempunyai kapasaiti 90 buah bilik akan diaktifkan semula dalam waktu terdekat yang dijangka mula beroperasi 10 Oktober namun tertakluk kepada nasihat Jabatan Kesihatan Negeri.

“Dua buah hotel di sekitar Ipoh berkapasiti 128 buah bilik yang masih aktif akan menjadi Pusat Kuarantin bagi kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di negeri Perak.

“Kerajaan negeri juga sedang bersedia untuk mengaktifkan pusat-pusat kuarantin sekiranya diperlukan atas nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Walaupun bilangan kes tertinggi tertumpu di kawasan-kawasan tertentu dan masih dalam keadaan terkawal, kerajaan negeri amat komited dan seboleh mungkin berusaha untuk meminimakan risiko penularan khasnya di Perak yang tercinta ini,” ujar beliau.

Meluaskan usaha berkenaan, beliau turut menyenaraikan Pusat Kuarantin berstatus kesiapsagaan bagi menangani wabak pandemik, antaranya :

1. Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)

2. Institut Latihan Pegawai Awam Perak (ILPA)

3. Insitut Tadbiran Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

4. Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Meru

5. Teknologi Pendidikan Negeri Perak (TPNP) dekat Tasek

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruhrakyat Negeri Perak agar sentiasa berdisiplin dengan mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan menjaga penjarakan sosial.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments