Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAPenyanyi Rusia nyanyikan lagu Negaraku

Penyanyi Rusia nyanyikan lagu Negaraku

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Mengagumkan! Lagu Negaraku dinyanyi oleh penyanyi Rusia dengan penuh tertib dan lunak di Sambutan Hari Kebangsaan Rusia yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam ini.

Kenamaan-kenamaan dan tetamu yang hadir terpegun seketika apabila mendengar alunan suara penyanyi Rusia itu mendendangkan lagu Negaraku dengan begitu fasih dan jelas.

Untuk rekod Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia disambut pada 12 Jun setiap tahun.

Dalam ucaptama Duta Besar Rusia ke Malaysia, TYT Naiyl M. Latypov berkata hubungan dua hala antara Persekutuan Rusia dan Malaysia yang terjalin sejak berpuluh tahun lalu bermula dari sekecil-kecilnya perhubungan sehingga ia berkembang luas hingga ke hari ini.

Kata beliau persahabatan antara kedua-dua negara dibina atas dasar kepercayaan, saling menghormati, persamaan dan keikhlasan antara satu sama lain.

Untuk rekod pada Januari lalu, Rusia telah mempelawa Malaysia untuk meningkatkan eksport produk pertanian termasuk buah-buahan tropika dan produk makanan laut ke negara itu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam kenyataan berkata, usaha itu bagi meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang pertanian.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta duta-duta asing ke Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments