KUALA LUMPUR, 14 September – Penyanyi dan pelakon popular era 1980-an, Aman Shah, 68, meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 2.20 petang tadi.
Ia disahkan pembantu kepada adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar.
Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke hospital, sejak tiga hari lalu.
Aman Shah mencipta populariti pada era 1980-an dengan rangkaian lagu seperti Adikku Pandai Menari dan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti yang menjadi dendangan wajib setiap kali menyambut Syawal.
Salam takziah dari kami Team The Malaya Post. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply