Saturday, November 21, 2026
HomeDUNIAPenularan Coronavirus bertambah cepat - Presiden China

Penularan Coronavirus bertambah cepat – Presiden China

BEIJING 25 Jan : Presiden China, Xi Jinping, memberi amaran bahawa negaranya menghadapi keadaan yang berbahaya berikutan penularan coronavirus yang bertambah cepat.

“Kita menghadapi keadaan yang suram berikutan kepantasan coronoavirus ini menular.

“Adalah penting bagi kita memperkukuhkan kesatuan dan pemusatan kepemimpinan jawatankuasa Induk Parti,” katanya mengikut laporan agensi berita rasmi Xinhua.

Beliau sebelum ini mengadakan mesyuarat politburo partinya bagi membincangkan strategi mengekang penularan wabak coronavirus yang berpunca di Wuhan, China dan setakat ini menular ke 12 negara lain.

Virus baharu coronavirus 2019-nCoV yang mirip kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu sudah menjangkiti hampir 1,300 orang di negara itu termasuk mengorbankan 41 mangsa.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments