Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAPeniaga kaut untung dengan menipu guna nama Pak Nil

Peniaga kaut untung dengan menipu guna nama Pak Nil

Pelbagai cara penipuan dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab semata-mata ingin mencari keuntungan dengan pantas.

Artis dan selebriti terkenal antara golongan sasar yang menjadi mangsa taktik licik peniaga yang ingin menipu dan memperdaya pembeli dengan mudah.

Perkongsian Dato’ Aznil Nawawi atau Pak Nil di laman sosial Instagram, beliau memberitahu modus operandi peniaga berkenaan adalah menggunakan nama beliau untuk hadiah cabutan bertuah bagi pembelian barangan elektrik.

Maklumat yang dikongsi oleh peminat Pak Nil pula memberitahu, peniaga berkenaan menarik perhatian pengunjung dan pembeli dengan memberitahu hadiah cabutan bertuah akan disampaikan oleh Pak Nil sendiri di satu majlis yang akan diadakan di pusat membeli belah di Kuching, Sarawak.

Bimbang orang ramai terpedaya dan tertipu dengan taktik licik peniaga itu, Pak Nil telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, Sarawak untuk tindakan lanjut.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments