Apabila menyebut tentang rutin penjagaan muka, masih ramai kaum lelaki yang mengambil mudah mengenainya.
Namun seorang pemilik twitter, faizal8704 telah memuat naik satu perkongsian yang menyentuh hatinya dan pelayan laman media sosial berkenaan.
Tak sangka, dok hantar barang tapi cust bagi sunscreen dekat aku. Aku dari tadi dok google apa benda yang cust aku bagi ni 😅 Rupanya lindung kulit daripada matahari, ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, rider kan. Kena panas terik semua pic.twitter.com/tdnPSvdzot
— Jalal baharin (@faizal8704) December 16, 2019
Faizal yang bekerja sebagai ‘runner atau rider’ untuk syarikat perkhidmatan menghantar makanan dan bungkusan, BungkusIt menerima hadiah yang diberikan oleh pelanggannya.
Menurutnya, dia tidak menyangka pelanggan yang menggunakan perkhidmatan menghadiahkan lotion pelindung sinar UV kepadanya.
Pada mulanya, dia bertindak mencari fungsi sunscreen itu dicarian Google akibat tidak mengetahui apa fungsi barang yang diterimanya.
“Rupanya lindung kulit daripada matahari, ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, rider kan. Kena panas terik semua” tulis Faizal.
Faizal juga turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada pelanggannya @SolusiMY dan tambahnya selepas ini bolehlah dia mula menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah.
Untuk rekod, SolusiMY sering berkongsi tips kecantikan di akaun Twitternya.
Perkongsian tersebut kini telah mendapat 15,700 ulang kicau dan 25,200 tanda suka oleh warga Twitter.
Leave a Reply