Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPenganjuran seminar, mesyuarat, kursus dan latihan antara yang dibenarkan sepanjang tempoh PKPP

Penganjuran seminar, mesyuarat, kursus dan latihan antara yang dibenarkan sepanjang tempoh PKPP

Seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan.

Kebenaran ini juga meliputi semua mesyuarat-mesyuarat lain termasuk mesyuarat agong bagi syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Koperasi yang berdaftar di bawah SKM, Persatuan-Persatuan yang berdaftar di bawah LPP serta PIBG juga dibenarkan mengadakan mesyuarat termasuk mesyuarat agong.

“Kebenaran ini meliputi semua organisasi berdaftar dgn ROS, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia & Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk mengadakan mesyuarat agong dan mesyuarat-mesyuarat lain,” ujar Dato’ Seri Ismail Sabri hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran ini boleh bermula pada 1 Julai dengan syarat patuh SOP yang ditetapkan.

PKPP : PENGANJURAN SEMINAR, MESYUARAT, KURSUS, LATIHAN DIBENARKAN MULAI 1 JULAI#KitaMestiMenang#COVID19malaysia…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 22 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments