Wakil rakyat merupakan individu yang dibenarkan bertugas termasuk jabatan-jabatan kerajaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.
Mengambil kira aspek keselamatan, kerajaan tidak menggalakkan sebarang aktiviti perjumpaan, jamuan atau agihan bantuan dianjukan secara besar-besaran oleh wakil rakyat.
Penyaluran bantuan perlu dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan dengan kuantiti yang maksima dua atau tiga orang wakil ditugaskan untuk membantu agihan bantuan dan sebagainya.
Bahkan kerajaan juga mengesyorkan untuk menggunakan perkhidmatan anggota barisan hadapan yang telah ditetapkan di kawasan masing-masing seperti RELA, APM dan sebagainya bagi membantu melancarkan proses ini.
SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 18 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply