Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPenerima vaksin alami kesan sampingan serius akan terima pampasan - Khairy Jamaluddin

Penerima vaksin alami kesan sampingan serius akan terima pampasan – Khairy Jamaluddin

Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan yang serius akibat daripada suntikan dos pertama akan menerima pampasan melalui skim perlindungan program imunisasi vaksin kebangsaan COVID-19.

Skim berkenaan akan diwujudkan sebagai melindungi para penerimanya mulai Rabu ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas yang diadakan minggu lalu yang kini dalam proses untuk diperincikan lebih mendalam sebelum diumumkan secara rasminya tidak lama lagi.

“Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pesakit atau penerima yang terjejas akibat pemberian vaksin Covid-19.

“Jemaah menteri yang bermesyuarat khas minggu lalu sudah memutuskan bahawa kita akan wujudkan satu skim untuk penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius,”

katanya pada sidang media khas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments