Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPendengaran kes Komital yang difailkan keluarga Allahyarham Adib terhadap Peguam Negara diputuskan...

Pendengaran kes Komital yang difailkan keluarga Allahyarham Adib terhadap Peguam Negara diputuskan 4 November ini – Haniff Khatri

Susulan kes penggantungan bicara permohonan pengkomitan substantif secara Inter-Parte yang difailkan, keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terhadap Peguam Negara Tommy Thomas di atas aduan campurtangan salah Peguam Negara yang boleh menjejaskan pentadbiran keadilan dalam Inkues terbabit.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan penetapan tarikh berkenaan ditangguhkan pada 4 November ini.

Siang tadi, Mahkamah Koroner telah mendengar hujahan balas kedua-dua pihak berkenaan bersabit permohonan itu.

Terdahulu, peguam keluarga Adib, Tuan Haniff Khatri dalam hujahannya menggesa prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) terhadap Peguam Negara dipercepatkan.

Ini kerana kata peguam Haniff Khatri, prinsip undang-undang ketika ini tidak membenarkan kelonggaran diberikan untuk tangguh mana-mana prosiding dengan sewenang-wenangnya.

Foto Berita Harian

“Biar mahkamah dengar permohonan rayuan dan substantif, kemudian bila nak rayu, mana-mana pihak buat rayuan dan boleh membangkitkan isu ini di peringkat rayuan.

“Jika tidak, ia akan melengah-lengahkan proses mahkamah. Itulah perkara dalam kes Dato’ Seri Najib Razak dan kes-kes lain (yang dirujuk dalam mahkamah),” katanya.

Beliau berkata, walaupun kes komital ini bukan 100 peratus jenayah, tetapi, ia mempunyai unsur jenayah, seperti kes terhadap Dato’ Seri Najib.

Pada masa sama Haniff berkata, pihaknya juga menghujahkan, tidak ada langsung tindakan atau langkah yang diambil oleh pihak responden untuk mempercepatkan rayuan itu.

Katanya, responden meminta penangguhan tetapi pendengaran rayuan tidak dipercepatkan sedangkan permohonan komital agak menarik perhatian semua pihak terutama rakyat.

“Jadi, kalau kita nak lengahkan kes-kes seperti ini, payahlah. Pokoknya, bagi kami mahkamah sepatutnya melaksanakan budi bicara dengan menolak,” katanya.

Terdahulu, dalam prosiding depan Koroner Rofiah Mohamad, Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy, berkata, mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk menangguhkan prosiding seperti yang dipohon oleh responden.

Beliau juga, ketika menjawab hujahan Haniff,  berkata, kes terhadap  Dato’ Seri Najib sememangnya kes jenayah, namun pihaknya tidak ada membuat sebarang permohonan untuk rayuan jenayah bagi kes membabitkan Peguam Negara itu.

Katanya, pihaknya hanya mengetahui bahawa rayuan yang difailkan itu ditukar menjadi rayuan jenayah apabila beliau mendapatkan pengesahan daripada Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, di mana kes rayuan itu didengar.

Kes ditangguhkan ke 4 November ini untuk keputusan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments