Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPenambahan zon merah di Muar, Johor

Penambahan zon merah di Muar, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan penambahan satu zon merah yang menjadikan jumlah keseluruhan 27 daerah setakat ini.

Daerah baharu yang dikenalpasti ialah Muar, Johor dengan statistik 46 kes positif COVID-19.

Muar merupakan daerah yang keempat sebagai zon merah selain daripada Kluang (210 kes), Johor Bahru (185 kes) dan Batu Pahat (52 kes).

Manakala zon kuning meliputi daerah Kota Tinggi (20), Pontian (17), Segamat (15), Tangkak (14) serta Mersing (4) dan terdapat satu zon jingga iaitu di Kulai dengan 38 kes.

Johor juga merupakan negeri ketiga tertinggi mempunyai bilangan kes COVID-19 daripada 14 buah negeri.

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah, 15 April 2020.#covid19malaysia#dudukdirumah

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 15 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments