Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAPenaja pelajar di luar negara akan tanggung separuh kos kuarantin bermula 1...

Penaja pelajar di luar negara akan tanggung separuh kos kuarantin bermula 1 Jun

Bermula 1 Jun 2020, pihak penaja akan bertanggungjawab menampung kos kuarantin ke atas semua pelajar yang telah tamat tempoh pengajian di luar negara apabila pulang ke tanah air.

Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi memutuskan pihak penaja akan membayar separuh kos pembiayaan hotel bagi pelajar yang mendapat tajaan pendidikan di luar negara dan separuh kos lagi akan tanggung oleh kerajaan.

“Ibu bapa tidak perlu khuatir mengenai kos pembiayaan kuarantin kerana ianya akan ditanggung oleh penaja masing-masing termasuk agensi-agensi kerajaan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam yang terlibat.

“Kerajaan bersama semua penaja terlibat telah bersetuju untuk menampung separuh daripada jumlah bayaran sebenar hotel,” kata Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan setakat hari ini seramai 18,000 rakyat Malaysia telah mendaftar dengan Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara untuk pulang ke tanah air.

Malah termasuk juga yang telah mengisi borang Surat Aku Janji secara online dan di antaranya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah tamat tempoh pengajian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments