Friday, July 19, 2024
HomePOLITIKPemecatan Marzuki dan pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai SUA baharu BERSATU adalah tidak...

Pemecatan Marzuki dan pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai SUA baharu BERSATU adalah tidak sah – Haniff Khatri

Melalui surat bertarikh 20.03.2020 yang dikeluarkan oleh Pengerusi BERSATU iaitu Tun Dr. Mahathir, ia adalah jelas bahawa kedua-dua proses, yakni pelucutan Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung BERSATU dan pelantikan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin sebagai kononnya Setiausaha Agung baru BERSATU, oleh Presiden BERSATU iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak dipersetujui seperti yang diperlukan di bawah Fasal 13.9 Perlembagaan BERSATU.

Demikian kata Peguam Kanan, Haniff Khatri kepada The Malaya Post.

Justeru kata beliau ia adalah teramat penting agar tidak ada mana-mana dokumen perubahan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dimajukan oleh mana-mana pihak BERSATU kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya kedudukan Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung BERSATU dikekalkan dulu (preserve the status quo).

Begitu juga, jikapun ada mana-mana dokumen perubahan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dimajukan oleh mana-mana pihak BERSATU kepada pihak ROS.

Maka pihak ROS hendaklah tidak melakukan mana-mana perubahan kepada daftar BERSATU supaya kedudukan dikekalkan sehingga adanya peluang penyelesaian dalaman parti dilakukan (preserve the status quo).

Tambahan pula, ROS sendiri telah melalui arahan bertarikh 16.03.2020 memberi arahan kepada kesemua parti agar tidak ada mana-mana perjumpaaan ataupun majlis ataupun perhimpunan diadakan sehingga 30.06.2020.

Maka ianya tidak munasabah untuk menerima mana-mana perubahan daftar Parti BERSATU yang kononnya berlaku dalam tempoh 16.03.2020 sehingga 30.06.2020 itu kelak.

Berikut Link Kenyataan Media Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 16.03.2020 :

https://www.ros.gov.my/admin/files/ros_portal/assets/pdf/Kenyataan-Media-Arahan-Khas.pdf)

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments