Proses pembuatan simen dari sampah organik di Changkat Jong

0

Tahukah anda, sampah sarap yang dikumpulkan akan dikitar semula dan diproses menjadi bahan binaan seperti simen.

Masih di tahap penyelidikan dan pembangunan, kami dibawa ke tempat pelupusan sampah di Changkat Jong untuk melihat sendiri bagaimana proses kitar semula dilakukan dengan menggunakan teknologi baharu dari Amerika Syarikat.

Disini, kita dapat melihat bagaimana plastik dan sampah yang telah dibersihkan, sampah kering seperti plastik, kertas dan kain yang digunakan, akan dipecahkan dan dihancurkan untuk dijadikan prototaip simen.

Dengan mekanisme menarik dan sangat baik ini, ianya sekaligus boleh digunakan untuk membersihkan dan melupuskan semua sisa sampah berbanding cara konvensional.

Ini sejajar dengan misi kerajaan negeri Perak  membudayakan amalan kitar semula di kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Teluk Intan, pemilik-pemilik premis perniagaan berdekatan dan penduduk sekitar.  

Ianya sekaligus mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah, pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka serta pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa juga dapat dicegah.

Pengguna juga perlu jalani tanggungjawab bersama ya. Sentiasa amalkan pengasingan sampah mengikut kesesuaian bahan buangan.

Jangan lupa amalkan 3R iaitu ‘reuse, reduce, recylcle’! Pengguna yang bijak adalah pengguna yang berilmu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply