Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPemantauan Keberhasilan Kebahagian (KHO) oleh SEPADU pelengkap KPI 'Keluarga Malaysia' - Dr...

Pemantauan Keberhasilan Kebahagian (KHO) oleh SEPADU pelengkap KPI ‘Keluarga Malaysia’ – Dr Abd. Latiff Ahmad

Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan sebagai sebahagian daripada sekretariat pelaksana konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menurut Menteri Tugas-tugas Khas di JPM, Datuk Dr Abd. Latiff Ahmad, SEPADU bertindak sebagai pemantau Keberhasilan Kebahagiaan (Key Happiness Outcome, KHO) bagi setiap ahli ‘Keluarga Malaysia’ dan ia adalah pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama, KPI ‘Keluarga Malaysia’.

“Setinggi-tinggi penghormatan dan ucapan terima kasih kerana diberikan kepercayaan untuk memantau Keberhasilan Kebahagiaan (Key Happiness Outcome, KHO) melalui agensi di bawah saya iaitu SEPADU yang juga merupakan pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama (atau KPI).

“Insyaallah, semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Kita Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.

Terdahulu Datuk Dr. Abd. Latiff hadir di majlis prapelancaran Keluarga Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semasa ucaptama prapelancaran siang tadi, Perdana Menteri berkata Keluarga Malaysia bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Katanya setiap ahli keluarga Keluarga Malaysia akan terbela, justeru beliau mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments