Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAPemakaman Ratu Elizabeth II: Rakyat Britain diberi cuti umum

Pemakaman Ratu Elizabeth II: Rakyat Britain diberi cuti umum

LONDON, 12 Sept – Kerajaan Britain mengumumkan cuti umum di negara itu pada 19 September ini sempena upacara istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.

The Guardian melaporkan, Raja Charles III turut bersetuju dan menitahkan hari upacara pemakaman Ratu Elizabeth diisytiharkan sebagai cuti umum sebagai tanda hormat kepada pemimpin monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu.

Cuti umum itu memberi peluang kepada rakyat serta penduduk di Britain memberi penghormatan terakhir kepada baginda yang akan dimakamkan di Westminster Abbey.

Jasad Ratu Elizabeth kini ditempatkan di Istana Holyroodhouse di Edinburgh selepas melalui perjalanan enam jam dari Istana Balmoral.

Jasad baginda akan ditempatkan di Istana Holyroodhouse sebelum dipindahkan ke Katedral St Giles petang ini, di mana rakyat jelata dijadual memberikan penghormatan terakhir.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments