Pelakon Zul Huzaimy menjuarai All Stars Buka Panggung

0

Pentas final All Stars Buka Panggung telah pun melabuhkan tirainya.

Pentas final tahun ini menampilkan pelakon hebat Rita Rudaini, Zul Huzaimy, Noorkhiriah dan juga Dato’ Aaron Aziz.

Senarai pemenang seperti berikut:

Juara : Zul Huzaimy

Naib Juara : Noorkhiriah

Tempat Ketiga : Dato’ Aaron Aziz

Tempat Keempat : Rita Rudaini

Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy memperolehi markah tertinggi sekaligus diangkat sebagai juara All Stars Buka Panggung.

Juara All Star Buka Panggung, Zul Huzaimy membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi sekaligus memegang gelaran Juara ASBP 2019.

Naib juara dirangkul oleh Noorkhiriah dengan undian kedua tertinggi dan membawa pulang wang berjumlah RM25,000 dan juga trofi, manakala Dato’ Aaron Aziz di tempat ketiga membawa pulang wang RM10,000 berserta trofi, dan tempat keempat  dimenangi oleh Rita Rudaini dan membawa pulang RM5,000 berserta trofi.

Pertandingan ini diadili mengikut markah hasil seratus peratus undian daripada para peminat.

All Stars Buka Panggung adalah rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

Program ini disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand dan telah bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Leave a Reply