Friday, July 26, 2024
HomeBERITAPelakon Zarina Zainuddin didenda RM17,500 atas pertuduhan menjual kosmetik tidak berdaftar

Pelakon Zarina Zainuddin didenda RM17,500 atas pertuduhan menjual kosmetik tidak berdaftar

Pelakon Zarina Zainuddin dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi.

Memetik laporan berita Harian Metro Online,  ketika prosiding, Majistret M Bharat, hukuman itu dijatuhkan setelah Zarina mengaku bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh dikenakan denda RM 3000; pertuduhan kedua (RM2,500); pertuduhan ketiga (RM3,000); pertuduhan keempat (RM2,500), pertuduhan kelima (RM3,000) manakala pertuduhan keenam (RM3,500).

Zarina didakwa atas pertuduhan menjual satu set barangan kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (7 gram), satu bekas Addura Night Cream (7 mililiter).

Selain itu, Zarina juga didakwa atas empat pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi iaitu Addura Black Soap (68 kotak), Addura Day Cream (279 bekas), Addura Day Cream tujuh gram (89 bekas) dan Addura Day Cream 10 mililiter (205 bekas).

Sebagai orang kena saman (OKS) Zarina didakwa melakukan kesalahan itu di premis Addura Marketing, Subang Jaya jam 11.45 pagi, 9 Januari lalu.

Bagi semua kesalahan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, OKS boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Selesai perbicaraan, ketika keluar dari ruang mahkamah Zarina menepis telefon bimbit dan bergurau manja dengan seorang wartawan yang sedang merakam gambarnya.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments