Pelakon drama ‘Sweet Dreams’, Yusof Bahrin atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin disahkan positif Covid-19.
Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, anak muda kelahiran Shah Alam berusia 29 tahun ini berkongsi bahawa dua adik-beradiknya yang lain turut disahkan positif.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan lokasi mereka menjalani kuarantin dan rawatan.
“Tolong doakan saya dan adik-beradik saya. Jaga diri semua”, pohon Yusof menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rakan seni dan pengikut meninggalkan ucapan semangat dan mendoakan agar mereka kembali sembuh.

Untuk rekod, Yusof memulakan langkah dalam bidang lakonan sekitar tahun 2019.
Bermula dengan watak pembantu dalam beberapa drama antaranya Calon Menantu Tuan Rumah, Kau Yang Pertama dan Satukan Rasa. Namun dia mula dikenali menerusi watak Doktor Amar dalam drama Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Mira Filzah.
Ini diikuti watak Rahman dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bergandingan dengan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Kami warga kerja The Malaya Post mendoakan agar Yusof dan dua saudaranya sembuh dari pandemik ini. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply