Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAPelakon veteran, Pak Limra telah kembali ke Rahmatullah, Al-Fatihah

Pelakon veteran, Pak Limra telah kembali ke Rahmatullah, Al-Fatihah

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pelakon veteran, Allahyarham Ramli Mohammad di atas berita pemergiannya kerana sakit tua.

Berita kematian berkenaan telah di kongsi oleh pelakon Zulkifli Ismail menerusi laman Instagramnya.

Pelakon veteran yang dikenali sebagai Pak Limra telah kembali ke Rahmatullah akibat sakit tua pada malam Ahad (6 Oktober 2019).

Menurut laporan Harian Metro, Pak Limra telah menghembuskan nafas terakhir jam 8.20 malam di Hospital Kajang Selangor.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

Allahyarham pernah berkhidmat bersama Tan Sri P.Ramlee dengan melakukan kerja di belakang tabir.

Allahyarham juga pernah memegang watak sampingan dalam filem arahan Seniman Agung P.Ramlee.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments