Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAPelakon Nazim Othman dan Fatin Afeefa dilamun cinta?

Pelakon Nazim Othman dan Fatin Afeefa dilamun cinta?

Sebelum ini heboh memperkatakan hubungan mesra antara aktor Nazim Othman dan aktres Fatin Afeefa yang sebelum ini pernah merakamkan sebuah lagu saduran bersama.

Kemesraan mereka berdua bertambah rancak diperkatakan apabila mereka memuatnaik gambar bersama di Instagram masing-masing.

Namun khabar angin berkenaan mulai reda dan senyap beberapa bulan yang lalu.

Terbaru, pelakon Nazim Othman telah memuat naik gambar bersama anak sulong Fatin Afeefa iaitu Adam Aisy Arrian, sekaligus menghangatkan kembali ruangan gosip tentang hubungan kedua-dua pelakon itu.

Kelihatan pelakon yang berstatus ibu tunggal, Fatin Afeefa turut memberi respon mesra terhadap gambar yang dimuat naik Nazim Othman beberapa jam yang lalu.

Netizen turut meninggalkan komen positif yang mahukan kedua-dua pelakon itu bercinta seterusnya menamatkan teka-teki dan spekulasi hubungan mereka.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments