Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAPelakon Mesir, Yasmine Sabri wanita Arab pertama muncul dalam kempen Cartier

Pelakon Mesir, Yasmine Sabri wanita Arab pertama muncul dalam kempen Cartier

DUBAI: Pelakon Mesir, Yasmine Sabri menjadi wanita Timur Tengah pertama yang membintangi kempen barang kemas jenama mewah dari Perancis, Cartier’s untuk koleksi Panthere De Cartier.

Melalui perkongsian video di laman Instagram, bintang Yasmine Sabri bersama model Itali Mariacarla Boscono dan pelakon British Ella Balinska dan Annabelle Wallis.

Di dalam video “Into the Wild”, Yasmine Sabri memakai jumpsuit hitam, bersama aksesori jam tangan emad dan berlian Panthere de Cartier , anting-anting dan loket.

Pelakon berusia 32 tahun itu dikenali kerana mempromosikan kempen yang menyokong “women empowerment”.

Semasa Persidangan Afrika Selatan 2013 – African Conference on Women’s Empowerment, Yasmine Sabri menerima gelaran “Ambassador of African Women.”

Pengiktirafan global yang terimanya disambut baik sokongan yang ditawarkannya untuk kempen “Enti Al-Aham” (You come first) untuk kempen ‘women empowerment.’

Kerjaya lakonan Yasmine Sabri bermula pada tahun 2013 apabila dia memulakan siri “Khatawat al-Shaytan.”

Yasmins terkenal dengan peranannya dalam beberapa siri TV seperti “Hekayti,” “Al-Ostoora,” “Tareeky,” dan banyak lagi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments