Friday, May 17, 2024
HomeBERITAPelakon Harris Annuar diugut santau

Pelakon Harris Annuar diugut santau

“Kau ingat ni, bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Jangan dok senang lenang sangat.

“Aku tak kisah kau artis, kau Raja mana-mana negeri ka. Kau ingat, simpan dalam otak kau okeyy..”

Demikian antara kata-kata berbaur ugutan yang diterima pelakon, pengacara dan model tanah air, Muhammad Harris Bin Shahrul Annuar atau lebih dikenali sebagai Harris Annuar dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali menerusi messenger Instagram peribadinya.

Penyandang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja tahun 2017/18 ini nyata terkejut.

Satu laporan polis telah dibuat berkenaan ugutan itu.

Dalam pada itu, Harris turut memuatnaik sebuah video menzahirkan permohonan maaf sekiranya selama ini dia ada melakukan kesilapan sama ada dari segi tindakan mahupun kata-kata yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Untuk rekod, Harris, 28, adalah adik kepada pengacara televisyen Nadia Annuar dan ibunya pula seorang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton dan merupakan sepupu kepada figura terkenal Neelofa.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina kelahiran Selangor ini sering dilihat memuatnaik video yang menghiburkan dengan aktiviti menyakat bonda dan kawan baiknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut dan kenalan artis memanjatkan doa agar Harris sekeluarga sentiasa dilindungi dari anasir jahat. Ada juga yang mencadangkan agar Harris tidak melayan ugutan sebegini kerana merasakan ini hanyalah mainan budak-budak nakal.

Apapun, semoga Harris sekeluarga dan kita semua sentiasa dalam lindunganNya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments