Pelakon Datin Farisha Irwayu, 52 dan suaminya yang juga merupakan Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan dan penyampai suara latar antarabangsa, Dato’ Tuan Asmawi Tuan Umar, 46 disahkan positif COVID-19.
Berita terbabit disahkan Dato’ Tuan Asmawi yang juga merupakan pengasas Program Imam Muda terbitan Astro Oasis dan pelakon dalam satu hantaran di Facebook peribadinya semalam.
Datin Farisha kini ditempatkan di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang untuk rawatan lanjut.
Difahamkan Datin Farisha dikatakan mengalami demam, batuk dan hilang deria rasa dan bau sejak seminggu lalu.
Dalam pada itu, Dato’ Tuan Asmawi disahkan positif COVID-19 semalam setelah melakukan ‘swab test’ di Unit Kesihatan Awam, Hospital Selayang.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaru di Facebook Dato’ Tuan Asmawi turut meluahkan rasa sedih di atas tindakan individu yang seakan tidak peka dan sensitif dengan situasi dirinya dan isteri.
Yang pasti dalam pahit terselit manisnya jua, dikhabarkan ilmuan hebat dari Mesir Fadhilat Al Syeikh Mohammad Al Sawy telah menghubungi Dato’ Tuan Asmawi dan mendoakan pasangan ini.
Marilah sama-sama kita doakan agar mereka tabah dengan ujian Allah SWT dan kembali pulih sepenuhnya. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply