Saturday, July 20, 2024
HomeBERITAPelakon dan penyanyi Ria Irawan meninggal dunia

Pelakon dan penyanyi Ria Irawan meninggal dunia

Dukacita dimaklumkan pelakon dan penyanyi, Ria Irawan telah meninggal dunia subuh tadi.

Berita kematian berkenaan dikongsi oleh pelakon komedi Indonesia, Ernest Prakasa di laman Twitternya hari ini.

Pelakon veteran berusia 50 tahun itu menghembus nafas terakhirnya di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta.

Pelantun ‘Cahaya Ilahi’ kolaborasi bersama penyanyi terkenal Opick disahkan meninggal akibat kanser Limfoma yang dialaminya.

Pengiat seni kelahiran Indonesia ini dipercayai telah menghidap penyakit berkenaan sejak daripada tahun 2004 lagi.

Jenazah Allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan di kawasan Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

Terdahulu, Allahyarham dikatakan sempat sembuh daripada kanser yang dihadapi pada lapan tahun lalu.

Namun kini beliau terpaksa menjalani perawatan semula oleh kerana kanser berkenaan disahkan muncul kembali sehinggalah keadaannya menjadi semakin serius.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments