Pelakon berbakat, Benjy Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi tadi akibat serangan asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia.
Berita pemergian Benjy, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, dimaklumkan oleh ayah Allahyarham, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.
Dalam satu kenyataan media oleh keluarga Allahyarham Benjy, berita pemergian Allahyarham ke Rahmatullah dimaklum pihak penjara di Medan kepada kakak Allahyarham, Elza.
Benjy dikatakan tidak dapat bernafas kerana sakit tenat Asthma lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia dan cuba dibawa ke hospital namun tidak sempat diselamatkan.
“Benjy telah lama mengalami penyakit kronik Asthma dan penyakit paru-paru lain serta telah banyak masuk keluar hospital dengan kerap untuk beberapa tahun.
“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara Medan, mengebumikan jasad di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok.
“Kami amat berterima kasih dan terharu atas semua bantuan serta semua sokongan yang telah diberikan semua pihak sebelum ini. Haram maklum Benjy juga menghargai anda semua”, menurut kenyataan itu.
Allahyarham merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty.
Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.
Salam takziah dari kami di The Malaya Post. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al Fatihah ????
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost


Leave a Reply