Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAPelakon Aeril Zafrel positif Covid-19 kali ke-2

Pelakon Aeril Zafrel positif Covid-19 kali ke-2

Pelakon Aeril Zafrel disahkan positif Covid-19 sekali lagi.

Aeril mengesahkan berita itu dalam satu hantaran di Instagramnya semalam berkata dia mengalami simptom demam dan sakit sendi.

Dia kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Ini kali kedua positif Covid-19 dalam tahun ini. Duduk rumah pun boleh positif. Anggap sajalah ini ujian Allah.

“Sekarang saya kena kuarantin di rumah. Terima kasih atas doa yang dititipkan. Semoga segala yang baik-baik juga berbalik pada anda,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Aeril berkongsi sudah menerima suntikan vaksin pada 25 Julai lalu.

Terdahulu, Aeril disahkan positif Covid-19 pada 20 Januari lalu.

Ketika itu, Aeril juga menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments