Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPekerja positif COVID-19, tiga premis perniagaan ditutup

Pekerja positif COVID-19, tiga premis perniagaan ditutup

Tiga premis perniagaan terpaksa ditutup kerana terdapat di kalangan pekerja yang positif COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Memetik pengumuman sidang media Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata antara premis yang terlibat ialah kluster di sebuah kilang ayam di Negeri Sembilan dengan 88 kes positif COVID-19.

“Yang keduanya, sebuah pasaraya di Cheras yang melibatkan pengawal keselamatan sebanyak 10 kes positif dan sembilan darinya warganegara Nepal dan satu rakyat Malaysia.

“Seterusnya, melibatkan 28 orang warga asing yang berkerja di tapak pembinaan di Jalan Ampang pada 3 Mei 2020.

“Jadi seperti yang saya tegaskan bahawa jika berlaku jangkitan COVID-19 dikalangan pekerja mereka dan KKM merasakan perlu menutup premis perniagaan tersebut maka pihak kerajaan akan mengeluarkan arahan berkenaan,” ujar beliau.

Berbicara lanjut, Dato’ Seri Ismail Sabri berkata sepanjang penutupan dua premis perniagaan iaitu kilang ayam di Pedas, Rembau serta pasaraya di Cheras, pihak berkuasa akan menjalankan ujian saringan kesihatan terhadap kesemua pekerja dan operasi sanitasi dilaksanakan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments