Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPekebun kecil bakal terima bantuan RM600 mulai November - Perdana Menteri

Pekebun kecil bakal terima bantuan RM600 mulai November – Perdana Menteri

BERA, 30 Oktober – Mulai November ini, kesemua pekebun kecil bakal menerima bantuan sebanyak RM600 yang disalurkan secara berperingkat.

Ia mencakupi sebanyak RM300 pada bulan hadapan dan RM300 pada bulan Disember ini.

Perkara itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ucaptama di Majlis
Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di sini hari ini.

“Bagi BMT di negeri Pahang, sukacita saya mengumumkan seramai 24,237 pekebun kecil bakal menerima bantuan pada bulan hadapan dan Disember dengan jumlah
peruntukan berjumlah RM14.54 juta.

“Insya-ALLAH, pada tahun depan, jika Kerajaan saya dipilih semula pada PRU-15, BMT ini akan ditambah sebanyak RM200 kepada RM800 dengan peruntukan sebanyak RM256 juta selama empat bulan kepada pekebun kecil RISDA dan FELDA seramai 320,000 orang,” katanya dalam ucaptama di Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia pada hari ini.

“Baru-baru ini di Tapah, Perak saya telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju meluluskan sejumlah RM191 juta Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yangmelibatkan seramai 232,319 pekebun kecil RISDA,”.

Tambahnya, kerajaan juga akan menyediakan peruntukan lebih besar kepada masyarakat pekebun kecil iaitu peningkatan sebanyak 18.1 peratus berjumlah RM600 juta berbanding RM508 juta yang disalurkan pada tahun ini.

Jelasnya peruntukan ini membuktikan bahawa Kerajaan amat prihatin kepada pembangunan sektor komoditi getah yang diusahakan oleh pekebun kecil bagi mencapai sasaran pendapatan bulanan pekebun kecil kepada RM4,500 pada tahun 2025.

“Kerajaan sedar betapa pentingnya sektor penanaman getah kepada peningkatan ekonomi negara dan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan bantuan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Ujar penyandang Parlimen Bera, tanaman getah adalah satu-satunya komoditi yang masih diberi bantuan penuh oleh Kerajaan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sekiranya harga pasaran getah berada di bawah paras RM2.50 sekilogram.

Tambah Datuk Seri Ismail Sabri, selain itu, Program Tanam Semula Getah dengan sasaran keluasan 20,000 hektar, kini telah melebihi 10,000 hektar
dengan penyertaan sebanyak 7,180 pekebun kecil.

Katanya RISDA juga menerima permohonan tanam semula getah seluas 18,524 hektar daripada 12,381 pekebun kecil di seluruh negara.

Untuk rekod pekebun kecil di negeri Pahang turut menyumbang kepada peningkatan kawasan penanaman semula seluas 1,354.69 hektar melibatkan 901 pekebun kecil dengan peruntukan
berjumlah RM43.6 juta bagi semua program pembangunan komoditi getah.

Dalam pada itu, bagi Parlimen Bera, sebanyak RM1.15 juta telah disalurkan bagi kegiatan tanam semula seluas 150 hektar meliputi bantuan seperti jalan pertanian sejauh 15.43km dan empat unit infrastruktur pemasaran hasil serta prasarana pertanian.

“Bagi meningkatkan pendapatan menerusi produktiviti hasil getah, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) melibatkan peruntukan sebanyak RM31.1 juta bagi mencapai pengeluaran hasil sebanyak
1,800kg/ hektar/tahun.

“Alhamdulillah, inisiatif tersebut telah dimanfaatkan oleh 29,205 pekebun kecil di seluruh negara termasuk 4,344 pekebun kecil di Pahang dan seramai 602 pekebun di Bera.

“RISDA juga telah berjaya melahirkan seramai 23,522 orang usahawan bimbingan RISDA di seluruh negara melalui bantuan berjumlah RM56.3 juta.

“Tahun ini, sejumlah RM4.81 juta diperuntukkan bagi memperkasa Program Pembangunan Usahawan di negeri Pahang yang memberikan faedah kepada seramai 474 pekebun kecil RISDA dan 34 usahawan dari daerah Bera.

“Justeru, peluang menjadi pekebun kecil RISDA sentiasa terbuka luas setiap tahun kerana Kerajaan melalui RISDA menyediakan pelbagai inisiatif mempelbagaikan sumber pendapatan dan pembangunan modal insan untuk seisi keluarga pekebun kecil. Keluarga Malaysia yang saya kasihi,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2023 yang lalu, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion kepada sektor komoditi yang turut melibatkan RISDA sebagai antara agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments