Dalam perkembangan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Instafamous, Andika Putra berhubung kes curang pelawak dan penyampai radio, Shuk yang menjadi kemarahan ramai, isu ini telah mendapat tindak balas dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu ciapan di laman Twitter semalam.
Tindakan pantas Pejabat Mufti WP ini mendapat perhatian warganet.
Ramai yang menyokongnya sebagai satu usaha membanteras sebarang perkara yang tidak diingini, lebih-lebih lagi melibatkan soal akidah dan ketuhanan.

Menerusi ciapan terbabit, pihak berkenaan menyatakan, “Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan meneliti isu terbaru yang melibatkan seorang ‘influencer’ di mana beliau menyebut tentang seseorang curang dengan izin Allah dan sebagainya.
“Kami akan mengambil inisiatif untuk menjawab isu ini dengan lebih tuntas dalam masa yang terdekat,” tulis pihak berkaitan @pejabatmuftiwp .
Terdahulu, kenyataan “Dia curang dengan izin Allah”, mendapat perhatian di kalangan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh seorang instafamous (influncer), Andika Putra.
Netizen mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan itu tidak tepat dan menyentuh sensitiviti agama yang akhirnya boleh menimbulkan kesalahfahaman tentang Islam.
Andika Putra dalam temubualnya menerusi rakaman video berdurasi 2 minit 16 saat mengulas isu kecurangan pelawak, penyampai radio dan pengacara televisyen Shuk yang mengundang kemarahan netizen baru-baru ini berlaku adalah dengan izin Allah.
“Dika selalu..pergi mamp*s apa orang nak cakap. Dika selalu tengok macam..apa yang Allah gerakkan.
“Setiap tindak tanduk seseorang itu datang daripada Tuhan yang ‘menggerakkan’ hati seseorang itu melakukan sesuatu tindakan.
“Dia tu curang dengan izin Allah, dia tu pun pergi rumah perempuan tu dengan izin Allah, siapakah kita nak marah dengan orang tu dengan izin Allah, Allah maha mengetahui segala-galanya. Dia curang sekalipun Allah yang menggerakkan hatinya untuk pergi.
“Kita dok marah dia bodoh, curang, kaki perempuan, bla bla bla, tapi tak pernah cakap pula oh bagus kau buat salah, nanti mesti kau jadi baikkan? Takpe aku doakan kau jadi baik”
Pendapatnya itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menyokong (dipercayai pengikutnya), malah ada yang membantah.
Walaupun dia kemudian memadamkannya di Instagram, video itu telah dikongsi semula di Twitter dan meraih kira-kira 7K retweet. Nyata ianya mengundang kemarahan netizen di Twitter dan orang ramai.
Namun begitu, Andika ada tampil memberikan keterangan maksud yang cuba disampaikan setelah memadam video tersebut.
Akui kesilapannya kerana timbul kekeliruan, dia menjelaskan bahawa setiap manusia diberikan fikiran untuk menilai yang baik dan buruk.
“Manusia diberikan fikiran oleh Allah untuk kita berfikir mana baik dan buruk. Kita boleh pilih untuk buat baik dan buat jahat. Tetapi semua perbuataan kita dengan izinnya Allah melalui ALLAH REDHA ATAUPUN TIDAK. Tiada daya kita ni nak berjalan pun tanpa izin Allah.
“So kita buat salah ni salahkan Allah, sebab Allah izin? Dika ada ke cakap macam tu. Itu semua tokok tambah daripada orang orang yang melihat video tu.
“Allah tak redha kita buat salah dalam masa yang sama Allah izinkan. Sebab apa? Allah maha mengetahui segalanya. Boleh jadi satu asbab dari kesilapan kita, jahil kita, aib kita yang buat atas pilihan sendiri dengan izin Allah perbuataan kita, kita berubah , mendekatkan diri lagi kepada Allah.”
Andika juga menjelaskan dia bukanlah menyokong lelaki berlaku curang, tapi meminta agar tidak mengecam sebaliknya mendoakan seseorang.
“Pasal curang? DIKA TAK SUPPORT PON CURANG. Curang itu salah. Salah masih salah. Dosa masih dosa. Tapi benci perbuatan, bukan benci manusia yang perbuataan tersebut. Manusia semua buat silap.
“Kita bukan sesiapa nak menilai manusia, sebernanya kita perlu mendoakan, jangan kecam dia, doakan kebaikkan, daripada asbab Allah tunjukkan kantoi tulah, dia berubah menjadi sangat setia, sangat penyayang, berhenti buat maksiat dan lebih rapat kepada Allah,” ulasnya.
Siapakah gerangan Andika Putra ini ya? Sebelum ini admin langsung tidak mengenalinya.Hmmm…
Apa-apapun diharap ada jalan penyelesaian yang terbaik ya.
Jika kita kurang ilmu dalam bab berkaitan, janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan agama.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply