Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPDRM ucap tahniah kepada PM ke-8, akan terus komited pikul amanah

PDRM ucap tahniah kepada PM ke-8, akan terus komited pikul amanah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Perlantikan yang telah mendapat perkenan yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Memetik kenyataan media, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihak PDRM akan terus kekal komited memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

Ini adalah termasuk dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat serta negara di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments