Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAPatung transgender dijual di Rusia, cetus kebimbangan dan tanda tanya orang ramai

Patung transgender dijual di Rusia, cetus kebimbangan dan tanda tanya orang ramai

Mengejutkan ramai apabila patung transgender yang dipercayai pertama di dunia telah dijual di Planeta Igrushek (Planet Of Toys) kota Siberia,  Novosibirsk, Rusia.

Anak patung berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti seorang gadis kecil dengan berambut perang dan memakai pakaian wanita namun, mempunyai alat kelamin lelaki!

Foto anak patung yang diambil oleh seorang progresif Rusia ini telah mencetuskan reaksi yang berbelah bagi di negara yang masih kekal konservatif.

Foto patung terbabit telah tular di laman media sosial dan banyak respon telah diberi.

Seorang pengguna, “revizor.nsk”, berkata: “Adakah ia baik untuk menghasilkan mainan seperti itu untuk kanak-kanak?”

Satu lagi, “gerad” mencadangkan: “Apa yang mereka perlu lakukan ialah membeli kit alat perubatan dan kanak-kanak itu boleh belajar bagaimana untuk amputasi.”

“Lordex” menulis: “Saya fikir ia benar-benar mengerikan, apa yang berlaku di fikiran ibu bapa kanak-kanak ini.”

“Adakah anda terfikir mungkin ianya kesilapan daripada kilang? Atau mereka secara tidak sengaja meletakkan kepala gadis pada badan lelaki?”

“TverdoyaZerkalo” menambah: “Saya percaya ini adalah percubaan liberal untuk mengubah masyarakat.”

Anak patung itu adalah yang pertama seumpamanya di Rusia dan dianggap sebagai anak patung transgender pertama di dunia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments