Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAPasar Pudu tidak dikenakan PKPD, hanya kawalan secara pentadbiran

Pasar Pudu tidak dikenakan PKPD, hanya kawalan secara pentadbiran

Berita berkenaan Pasar Pudu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak benar.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu berkata kawasan Pasar Pudu hanya menjalankan kawalan secara pentadbiran sahaja.

Kerajaan tidak sama sekali memutuskan penguatkuasaan PKPD atau sebarang perintah tertentu dilaksanakan buat masa ini.

“Seperti saya kata ada situasi tertentu kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran dan belum lagi kawalan secara lockdown.

“Walaupun kita arahkan kawalan dikawasan terbabit tetapi mereka masih lagi dibenarkan keluar masuk sekiranya ada yang ingin membeli barang keperluan dan sebagainya.

“Pihak kesihatan juga sedang membuat ujian saringan kepada setiap penduduk yang berada di kawasan tersebut,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kawalan pentadbiran dan kawalan diperketatkan adalah berbeza, ini kerana perintah berkurung sepenuhnya apabila ia dilaksanakan penduduk dilarang untuk bergerak keluar masuk serta bekalan makanan juga akan disediakan oleh pihak kerajaan.

Di kawasan Pasar Pudu, ujian saringan diadakan bagi memudahkan petugas kesihatan mengenalpasti individu yang positif dan akan mengasingkan mereka serta dihantar ke hospital jika bergejala.

BERITA MENGENAI PASAR PUDU DIKATAKAN PKPD TIDAK BENARHenti sebar berita yang belum tentu sahih. Dapatkan info yang…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 15 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments