Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAReaksi pasangan cacat penglihatan terima kejutan hadiah daripada anak sentuh hati ramai

Reaksi pasangan cacat penglihatan terima kejutan hadiah daripada anak sentuh hati ramai

Kebiasaannya ketika hari ulang tahun kelahiran pasti akan menerima hadiah ataupun kejutan dari orang yang tersayang.

Tidak kurang juga ada yang berbelanja besar membeli hadiah istimewa buat ibu dan bapa sebagai tanda menghargai jasa mereka membesarkan anak-anak.

Begitulah pendekatan yang diambil oleh seorang jururawat yang menggunakan khidmat ‘surprise delivery’ untuk menghantar hadiah dihari kelahiran ibu dan bapanya kerana si empunya diri berada jauh dari keluarga.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Siti Sarah yang juga bekerja menghantar barangan untuk ‘surprise delivery’, dia berkongsi detik-detik menjentik hati sesiapa sahaja yang menonton video berkenaan.

Menurut Siti Sarah, ibu bapa pelanggannya itu, kedua-duanya tidak dapat melihat namun meskipun hilang satu kelebihan untuk melihat, kedua-dua mereka kelihatan sungguh gembira meskipun anaknya berada jauh dari mereka.

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini .. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yg…

Posted by Siti Sarah on Thursday, 11 June 2020

Siti Sarah turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pelanggannya kerana menggunakan khidmat ‘surprise delivery’ miliknya.

Di dalam perkongsian video berkenaan juga, kedengaran Siti Sarah cuba mengawal suaranya kerana sebak.

Sediakan tisu dulu ya sebelum menonton video dan mendengar ucapan balas dari pasangan bahagia ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments