Friday, November 20, 2026
HomeBERITAPAS tidak mahu terlibat atau dilibatkan dalam polemik politik yang memecah belahkan...

PAS tidak mahu terlibat atau dilibatkan dalam polemik politik yang memecah belahkan negara

Pasti Islam Semalaysia (PAS) bertegas memberi keutamaan terhadap aspek perpaduan dalam proses membina negara demi kepentingan rakyat.

Dalam satu siaran media, Setiausaha Agung parti berkenaan berkata selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional (MN), dikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), PAS berharap semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara terutama dalam keadaan yang amat sukar.

Dato’ Takiyuddin Hassan juga memberitahu parti terbahit tidak mahu terlibat atau dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekaligus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat.

“Oleh kerana itu, PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Maka PAS menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti,” ujar beliau

Dalam pada itu, parti terbabit juga percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments